Catalan Irwan Dahnil

Biasa kita dengar orang kerja luar negara hebat-hebat. Macam doktor, engineer. Expatriate gitu. Orang pandai. .

“Tapi bro, saya ni sekolah tak tinggi sangat. Kerja biasa-biasa tak de ke?”
“Bang. Saya baru je habis degree. Hutang PTPTN pun belum mampu bayar. Bole ke saya kerja kat sana?”

.

Kalau macam itu, apa peluang kau ada?

.

Sebab disini cara dia lain sikit, aku share sikit beberapa persediaan untuk mohon kerja luar negara untuk kita orang biasa-biasa. 

.

1. Kalau ada kelulusan akademi tinggi, boleh cuba mohon kerja. Negara mana tidak mahu orang pandai ye tak? Sekarang baru kita nampak pentingnya pendidikan. Bukan hanya untuk dapat kerja hebat harap gaji lebat. 

.

Ada kawan aku yang sedang buat PhD di UK, resign kerja di Malaysia. Mahu buat bisnes kucing katanya. Ada seorang lagi jadi coach badminton. PhD simpan dalam almari. 

.

Pendidikan batu loncatan saja. Macam lesen. Ramai yang study lain, tapi kerja benda lain. Yang penting enjoy dan happy. Bukan crappy. 

.

2. Kalau pendidikan tidak tinggi, kena rajin develop skill. Di sini orang ada skill upahnya mahal. Repair paip, pendawai letrik. Orang Pakistan disini berebut belajar repair kereta. Sejam upah pun sudah £40. 

.

Itu sebab produk DIY sangat laku. Macam IKEA. Sebab orang boleh jimat dari bayar upah kalau buat sendiri. Kau suruh orang pasang katil pun kena £25.

.

Barang dapur seminggu boleh beli bro. 

.

3. Di Malaysia mudah mahu dapat belajar kursus teknikal macam itu. IKM contohnya. Tapi kesian, orang macam itu ada yang pandang rendah. 

.

Itulah kesan sistem kasta pendidikan kita. Sedang skill sangat mahal harganya disini, tapi orang kita tidak hargai. Persepsi rendah. Yang masuk kelas vokasional dan teknik macam liga bawahan. 

.

Sikit-sikit mahu tengok SPM. Apa pun subjek Bahasa Malaysia kena lulus. Itulah uniknya Malaysia. Padahal bahasa saja kot. 

.

4. Ikut kerja sukarela. Terlibat dengan aktiviti kemanusiaan. Barulah mata kau terbuka sikit. Pergi negara yang miskin. Aceh ke, Cambodia ke. Kalau dasyat sikit pergi Syria. Atau Gaza. Baru thrill.

.

Biar pun tiada pelincir. Kalau makan minum pengangkutan, penginapan tiada, jangan tidak jalan. Elaun usah mimpi. 

Kita kan mahu jadi tangan yang memberi. Lebih mulia. Sudah-sudah lah asyik menerima.

.

5. On job training atau mohon jadi apprentice. Cuba ikut program yang bagi kau experience dan pendedahan kerja. Jangan lama. 6 bulan pun sudah bagus. 

.

Jangan kau tanya gaji berapa. Siapa yang mahu menggaji orang yang tidak pandai, tiada pengalaman ye tak?

.

6. Ambil sijil atau kursus jangka pendek. Kau ambil kursus yang diiktiraf di negara berkenaan. Keluar duit sikit. 

.

Aku kurang arif. Tapi ada kenalan aku pomen di Malaysia. Memang terer bab kereta. Datang UK ambil balik kursus repair kereta. Supaya layak dan laku di sini. Re-certify. Seorang lagi, mahu ambil kursus fisioterapi sukan. Supaya boleh buka bisnes sendiri. 

.

7. Live like local. Experience hidup luar negara. Kalau kau ada kawan, makcik, abang angkat tinggal luar negara, pergi duduk dengan dia. Kau belajar macam mana hidup macam orang tempatan. Snow nampak seronok dalam TV saja. 

Kalau kau biasa bangun lambat, tukar supaya bangun awal. Jangan layan wechat sampai tengah malam. Tinggalkan perangai buruk di Malaysia.

Tapi cuba jadi lilin. Menerangi alam. Kau rajinkan diri. Jadi tukang masak, tolong pergi pasar, ajar anak dia mengaji. Mudahkan hidup orang. Barulah orang sayang kau. Duduk lama pun mereka gerenti sudi. Beli jiwa bai..

.

Yang penting kau kena upkan diri dulu. Kena laku. Tambahkan value. Orang mahu pengalaman berguna. 

.

Memang pengalaman itu mahal. Semua mahu duit. Tapi itulah namanya pelaburan. Yanh paling untung dan tidak pernah rugi adalah melabur untuk pengalaman dan skill diri sendiri. 

.

Jangan kita selalu cakap tiada duit bila memanjang pakai handphone mahal. Sanggup hutang kereta 9 tahun, hisap rokok macam naga. Itu duit petik dari pokok ke ?

.

Again. Kalau mahu maju, buat macam mahu maju. Ukur baju dibadan sendiri dulu. 

.

Engineer doktor itu pakai baju lain, kita baru mahu memilih kain. Kayuh pelan-pelan. 

.

Catatan kembara

Irwan Dahnil

Bakal jadi on job traning provider

Glasgow, Scotland
Nota : Artikel ini boleh dishare kalau bermanfaat. Boleh follow FB aku, artikel kehidupan kisah di Glasgow. Bukan senang mahu senang.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s