Catatan Kembara Irwan Dahnil

Ilham menulis ini boleh datang dari mana-mana. Tapi untuk aku, terbukti ia datang dari setiap detik dan saat kembara. Setiap kali travel, banyak cerita meluncur laju yang jadi, banyak benda yang boleh dikongsi.
.
Tapi dulu kenapa aku tidak tulis seperti sekarang ? Dulu hidup aku banyak terlibat dengan manusia dan kawan sekeliling. Itulah kehidupan, tapi pantang aku menulis tentang orang. Aku pun tidak suka bercerita hal manusia lain.
.
Sebab itu juga agaknya aku jarang menonton drama cerita ala-ala suami, isteri dan keluarga kaya raya. Cerita tentang gelakkan kain orang yang berlubang. Sedangkan kain sendiri selalu saja terselak. Ada unsur busy body, sok sek. Aku menguap.
.
Aku suka cerita tentang idea. Sesuatu yang menggerakkan orang berfikir. Bila travel, aku ‘bercakap’ dengan alam. Aku lihat guna mata hati. Aku merasa dengan deria ke 6. Fuh! Siapa cakap catatan kembara aku senang mahu dapat?
.
Sama juga dengan kau pergi haji atau umrah, berbondong orang datang dengan travelog penyucian iman kau. Pengalaman diri sendiri. Kau pun ada banyak benda kau mahu cerita. Itu yang orang mahu dengar sambil makan buah tin dan kurma.
.
Begitulah makna besar kembara bagi aku. Keluarkan aku dari kelompok idea yang serupa. Aku tersasar dari corak pemikiran sama. Maka adakah sama cara berfikir orang kembara dengan orang yang hanya diam di satu tempat sahaja?
.
Kalau kau mahu sedap bercerita, cuba juga kembara. Syair Imam Syafie pun ada kata, keluarlah kembara. Moga akan temui pengganti yang lebih baik dari apa yang kau tinggalkan. Ia terapi yang menjadi.
.
Catatan kembara
Irwan Dahnil
Saat bersatu dengan alam
Glencoe, Scotland.image

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s